Terengganu mahu majikan laksana gaji minimum RM1,700

Terengganu mahu majikan laksana gaji minimum RM1,700

ARIFFIN DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berharap majikan di negeri ini dapat melaksanakan kenaikan gaji minimum da­ripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa pada Februari 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, langkah itu bertujuan mencapai kesejahteraan pekerja.

“Ini memang satu langkah yang baik terutama untuk pekerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak mempunyai kemahiran tinggi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kadar gaji minimum baharu itu akan menambah baik taraf sosioekonomi golongan pekerja tersebut untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

“Namun, di satu sudut yang lain golongan majikan pula berdepan cabaran untuk memastikan kadar gaji minimum itu dapat dipatuhi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya