Tekong darat seludup lapan PATI diberkas PGA

Tekong darat seludup lapan PATI diberkas PGA

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan oleh PGA di Kampung Pak Keral, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan seorang tekong darat cuba melarikan diri selepas menyeludup lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas diberkas anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di Kampung Pak Keral, di sini semalam.

Kesemua tekong darat dan lapan PATI terdiri daripada tujuh wanita dan seorang lelaki itu ditahan pada pukul 2.20 petang.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, pihaknya telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas telah menahan kereta itu dan semasa pemeriksaan dijalankan pemandu yang juga seorang, tekong telah bertindak melarikan diri namun gagal selepas berjaya dicekup.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 37 tahun telah bertindak sebagai tekong darat dengan membawa kesemua PATI tersebut. PATI tersebut disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, sementara tekong ditahan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya