Taylor Swift kini penyanyi perempuan paling kaya dunia - Utusan Malaysia

Taylor Swift kini penyanyi perempuan paling kaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Artis popular, Taylor Swift, disenaraikan sebagai penyanyi wanita paling kaya di dunia dengan kekayaan sebanyak USD 1.6 billion (RM6.8 bilion).

Menurut laporan Forbes, pendapatan Taylor telah mencecah angka jutaan dolar pada Oktober tahun lalu dan kini menjadi artis kedua paling kaya selepas Jay-Z.

“Taylor adalah pemuzik pertama yang mendapat gelaran jutawan sepenuhnya berdasarkan kepada pendapatan yang diperoleh dalam bidang nyanyian dan persembahan,” tulis Forbes dalam satu kenyataan.

Jelas laporan itu, sumber kekayaan penyanyi Cruel Summer tersebut diperoleh daripada pendapatan konsert The Eras Tour dan juga hasil kutipan daripada katalog lagu yang dihasilkan.

Dalam tempoh setahun sahaja Taylor berjaya memperoleh pendapatan sebanyak USD 500 juta (RM2.1 bilion) sekaligus meletakkan konsert The Eras Tour sebagai antara konsert terlaris sepanjang zaman.

Sementara itu, kekayaan penyanyi Rihanna yang sebelum ini memegang gelaran artis perempuan paling kaya dilaporkan menurun sebanyak USD 300 juta (RM1.2 bilion).

Selepas Elon Musk, kekayaan Taylor diikuti Larry Ellison, Mark Zuckerberg, Jeff Bezos, dan Bernaud Arnault di tangga hartawan dunia teratas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya