Tayang badan pelaris naskhah? Itu watak sahaja – Mierul Aiman - Utusan Malaysia

Tayang badan pelaris naskhah? Itu watak sahaja – Mierul Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKSI tayang badan di media sosial atau dalam sesebuah naskhah dilihat semakin menjadi ‘trend’ dalam kalangan pelakon lelaki baharu industri seni tanah air, sejak kebelakangan ini.

Selain membuat peminat wanita ‘hilang arah’, aksi atau tindakan itu seolah-olah sudah menjadi norma untuk melariskan jalan cerita sesebuah naskhah.

Namun, ada juga pihak yang kurang senang dan skeptikal dengan adegan tersebut sehingga mencetuskan persoalan berkaitan motif dan keperluan di sebalik tindakan itu.

Untuk apa tayang badan? Sengaja mahu buat peminat ‘melting’ ke? Adakah itu sebahagian daripada taktik menjual ‘saham’ diri untuk raih lebih banyak tawaran?

Kesemua persoalan itu hanya empunya badan sahaja yang tahu motif dan tujuannya.

Seperti pemilik nama lengkap Muhammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia tidak kisah dengan tanggapan orang mengenai tindakannya itu.

Menurut Mierul, dia menganggap aksi itu sekadar memenuhi objektif sesebuah nafkah selain memberikan mutu lakonan yang terbaik.

“Saya percaya itu adalah watak sahaja, apabila saya jadi penonton melihat semula paparan itu saya hanya terhibur.

“Saya tidak memikirkan tentang tanggapan orang, saya hanya fikir tentang skrip sahaja dan objektif naskhah tersebut.

“Saya cuba berikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya,” katanya.

Meskipun kerap menayang badan, dia tidak menganggap keputusan itu sebagai pelaris sesebuah naskhah memandangkan setiap karakter dipilih mengikut skrip yang sudah sedia ada.

Malah, setiap kali pelakon drama Projek: High Council itu menjayakan adegan berani mati itu, pasti akan meraih respons positif daripada sesetengah pihak terutamanya peminat wanita.

“Saya memegang prinsip untuk sedar ruang, watak dan sedar diri. Bila ada tiga perkara ini, saya tahu di mana saya berada.

“Saya percaya skrip ditulis sebelum memilih karakter, bukan pilih karakter dahulu kemudian baru tulis skrip,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Mierul bakal muncul menerusi drama Projek: Exit yang bakal ditayangkan pada 1 November ini.

Kongsi Mierul, kunci utama untuk menghidupkan watak dalam sesebuah naskhah adalah penghayatan dan perasaan supaya mesej dan emosi yang ingin diketengahkan sampai kepada penonton.

“Bila kita melakonkan naskhah yang bertemakan kesihatan mental, dialog yang dilontarkan untuk karakter tersebut perlu selari dengan perasaan pelakon itu.

“Saya bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam menghayati karakter dalam naskhah ini. Bagi saya, penghayatan dan perasaan adalah tiang seri untuk sesebuah naskhah.

“Kalau kita lontarkan macam mana sekalipun tetapi jika perasaan itu tidak selari dengan perbuatannya dia tidak akan sampai. Mungkin bagi penonton sampai, tapi saya sendiri akan tidak dapat kepuasannya,” jelasnya.

Selain Mierul, drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Naim Daniel, Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Nabila Huda dan Farah Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya