Tangani pekerja asing tidak bertauliah dengan sistem CIDBH-iENTRY

Tangani pekerja asing tidak bertauliah dengan sistem CIDBH-iENTRY

Alexander Nanta Linggi menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara CIDB Holdings Sdn. Bhd. dan I Entry Malaysia Sdn. Bhd. dalam majlis pelancaran sistem CIDBH-iENTRY di Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem CIDBH-iENTRY diperkenalkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertujuan menangani isu pekerja asing tidak bertauliah dengan memastikan hanya pekerja yang memiliki persijilan sah dibenarkan bekerja di tapak binaan. 

Sistem ini bertujuan memantau dan memastikan pematuhan undang-undang berkaitan kesejahteraan serta keselamatan pekerja asing terjamin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sistem itu adalah untuk memantapkan pekerja asing dalam sektor pembinaan.

“Sistem ini bertujuan membantu majikan mengurus pekerja asing dengan lebih mudah termasuk mengemas kini rekod pekerja asing menggunakan teknologi biometrik dan memastikan pematuhan undang-undang dan kebajikan pekerja.

“Di Malaysia, terdapat lebih dua juta pekerja asing dengan 465,000 orang dalam sektor pembinaan. Di Kuala Lumpur terdapat sekitar 150,000 pekerja asing dan jumlah yang hampir sama di Selangor,” katanya dalam majlis pelancaran sistem berkenaan di sini, hari ini. 

Antara ciri-ciri utama sistem ini adalah untuk menguruskan pendaftaran pekerja asing melalui sistem biometrik dan pengurusan penginapan.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, terdapat beberapa akta yang perlu dipatuhi oleh majikan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pekerja asing terjaga. 

“Sistem ini adalah untuk memudahkan majikan dalam memenuhi syarat-syarat perundangan yang berkaitan di bawah Akta 520 Seksyen Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

“Pihak majikan mesti menjaga kebajikan pekerja-pekerja asing dengan terbaik dan pihak kami menyarankan agar semua majikan dapat menggunakan kemudahan ini,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya