Tanah runtuh: Penduduk Taman Melawati dakwa pernah buat aduan  

Tanah runtuh: Penduduk Taman Melawati dakwa pernah buat aduan  

KEADAAN tanah runtuh di Taman Melawati semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Penduduk di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang di sini mendakwa sebelum ini telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan terdapat air mengalir dari lereng bukit di lokasi tanah runtuh di sini hari ini. 

Pesara, Tajul Ariffin Chu Zahari, 69, berkata, air yang mengalir daripada lereng bukit itu berlaku setiap kali hujan. 

“Perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan berkaitan kerana kami risau. 

“Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa mereka telah membuat pemeriksaan namun memaklumkan ia kes kecil dan tidak membahayakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Sham, 40-an, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika di sedang bersendirian di rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi seakan guruh. 

“Masa itu sedang hujan lebat, saya ingatkan sebab bunyi guruh. Bagaimanapun, apabila tengok Whatsapp grup  rupanya kejadian tanah runtuh di depan rumah saya,” katanya. 

Dia turut bersyukur kerana kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang nyawa.

Terdahulu, media melaporkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.42 pagi berkaitan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati di sini. 

Katanya, setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku runtuhan tanah berketinggian 30 meter berkeluasan 20 x 20 meter. 

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kediaman namun kira-kira 20 penduduk telah diarahkan keluar dari kediaman mereka. 

“Ini kerana masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya