Tanah runtuh: Masih ada pergerakan tanah,  20 penduduk diarah kosongkan kediaman

Tanah runtuh: Masih ada pergerakan tanah,  20 penduduk diarah kosongkan kediaman

KEADAAN tanah runtuh di Taman Melawati semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.

Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.

Aliran air deras dari bukit turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk.

Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati terdapat lebih 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian. 

Penduduk di sekitar telah mengosongkan kediaman mereka setelah diarahkan pihak berkuasa kerana masih terdapat pergerakan tanah. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.42 pagi berkaitan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati di sini. 

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati berlaku runtuhan tanah berketinggian 30 meter berkeluasan 20 x 20 meter. 

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kediaman namun kira-kira 20 penduduk telah diarahkan keluar dari kediaman mereka. Ini kerana masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya