Tanah runtuh di Taman Melawati: Penduduk dakwa pernah berlaku runtuhan kecil

Tanah runtuh di Taman Melawati: Penduduk dakwa pernah berlaku runtuhan kecil

KEADAAN tanah runtuh di Taman Melawati semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Penduduk di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang di sini mendakwa sebelum ini pernah berlaku beberapa runtuhan kecil berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di sini hari ini. 

Seorang eksekutif, Shireen Nik Ibrahim, 54, mendakwa, beberapa kejadian runtuhan kecil selain air mengalir dipercayai berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan dia dan sekeluarga bimbang kerana lokasi rumahnya kira-kira 50 meter dari lereng bukit berkenaan. 

Dakwanya, persatuan penduduk sebelum ini telah melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kejadian itu selain membuat bantahan berhubung perancangan pembinaan di atas lereng bukit tersebut. 

“Keadaan ini menyebabkan setiap kali hujan, saya berasa tidak selamat, jika ada tanah runtuh kecil kami akan update (maklum) dalam kumpulan WhatsApp

“Bagaimanapun, ini merupakan tanah runtuh terbesar sejak saya tinggal di sini sejak 2000,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Menceritakan kembali insiden tanah runtuh kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Shireen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerja menerima panggilan daripada jiran memaklumkan insiden berkenaan dan terdengar ada suara wanita menjerit dipercayai anaknya yang berada di rumah. 

“Saya terus menghubungi anak saya, dia menceritakan dia nampak kejadian tersebut, berlaku dua runtuhan. 

“Ketika kejadian, dia dalam kereta ingin pergi kerja sebelum ternampak ada pokok turun (jatuh). Dia keluar kereta sebelum tanah runtuh sebanyak dua kali menyebabkan dia berlari ke rumah jiran. Sehingga kini dia sangat trauma dan menangis akibat kejadian tersebut,” katanya. 

Menurutnya, kejadian tersebut turut menyebabkan pondok pengawal `masuk’ ke kawasan parkir rumahnya akibat tanah runtuh terbabit dan mendakwa, kejadian ini bukan kali pertama berlaku di lokasi terbabit. 

“Malah, beberapa tahun lalu kami pernah cakap ini bila-bila masa boleh jadi lagi. Beberapa minggu lalu, terdapat pihak kontraktor datang memaklumkan ada hendak buat tembok penahan pada September dan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) namun sehingga kini tiada apa-apa hinggalah berlaku tanah runtuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya