Tanah runtuh ada rahmat buat  kami - Penduduk 

Tanah runtuh ada rahmat buat  kami – Penduduk 

PENDUDUK yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh Taman Melawati dipindahkan sementara ke dewan masyarakat setempat, di sini hari ini.UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: “Walaupun sedih, takut dengan kejadian tanah runtuh di perumahan kami namun di sebalik itu  ada juga rahmat buat kami yang dipindah mendiami pusat pemindahan sementara (PPS)  apabila kami kini saling ambil berat satu sama lain.”.

 

Itu luahan penduduk, Hasnah Said, 45, apabila kejadian tersebut menyebabkan penduduk yang  diarah berpindah dapat mengenal antara satu sama lain di PPS Jalan E5 Taman Melawati.

 

“Memang kami sedih dan terkesan tetapi perlu berfikir positif dengan apa yang berlaku.

 

“Dahulu, kami hanya kenal sekadar rupa kerana masing-masing ada urusan kerja dan lain-lain. Kami hanya keluar pagar dan hanya senyum serta bertegur sapa sahaja. 

 

“Apabila berlaku kejadian ini, masing-masing ambil berat antara satu sama lain dan menjadikan kami lebih akrab,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

 

Terdahulu dilaporkan, penghuni di 20 kediaman berhampiran kawasan tanah runtuh di lereng bukit Taman Melawati di sini, diarah berpindah  bagi mengelak kemungkinan berlaku pergerakan tanah yang berisiko mengancam keselamatan penduduk.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 10.30 pagi ini dan kejadian tersebut  menyebabkan 20 unit rumah teres terputus laluan utama.

 

“Dalam kejadian sama, sebuah motosikal yang diletakkan di dalam sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat runtuhan tanah.

 

“Sebuah kabin pondok pengawal turut mengalami kerosakan apabila terbalik ekoran runtuhan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya