Tanah runtuh: 20 rumah sekitar Taman Melawati perlu dikosongkan

Tanah runtuh: 20 rumah sekitar Taman Melawati perlu dikosongkan

KEADAAN tanah runtuh di Taman Melawati, ekoran hujan lebat berterusan yang melanda di ibu negara Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi ketika tinjauan di sini hari ini. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Penghuni di 20 kediaman berhampiran kawasan tanah runtuh di lereng bukit Taman Melawati di sini, diarah berpindah sementara bagi mengelak kemungkinan berlaku pergerakan tanah yang berisiko mengancam keselamatan penduduk.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 10.30 pagi ini dan kejadian itu menyebabkan 20 unit rumah teres terputus laluan utama.

“Dalam kejadian sama, sebuah motosikal yang diletakkan di dalam sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat runtuhan tanah.

“Sebuah kabin pondok pengawal turut mengalami kerosakan apabila terbalik ekoran runtuhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penduduk terkesan telah diarah untuk berpindah ke Dewan Serbaguna, Jalan E5 Taman Melawati, di sini.

Menurut Mohd. Azam, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan bersama-sama di lokasi untuk pemantauan berkala.

Terdahulu, media melaporkan, hujan lebat sejak awal pagi mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, di sini.

Sepasukan anggota dan jentera keluar Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemantauan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya