Tambahan RM25 juta program pemulihan akidah

Tambahan RM25 juta program pemulihan akidah

ANWAR Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini hari ini. - IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah semakin membimbangkan. 

Beliau berkata, tambahan peruntukan ini susulan  Op Global yang sedang dijalankan.

“Usaha bersepadu giat dijalankan bagi mengekang segala aktiviti pemesongan akidah yang kian menular sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia.

“Susulan Op Global yang sedang dijalankan, kerajaan akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada KPWKM bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN