Tambahan kerusi Parlimen, suara rakyat lebih kedengaran - Mohd. Shafie Tambahan kerusi Parlimen, suara rakyat lebih kedengaran - Mohd. Shafie

Tambahan kerusi Parlimen, suara rakyat lebih kedengaran – Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal (kanan) bersama Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar (tengah) semasa Majlis Santai bersama Presiden Warisan di Kota Kinabalu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melihat sudah tiba masa untuk kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak ditambah agar suara rakyat lebih kedengaran.

Beliau berkata, sekiranya ingin suara-suara rakyat di Sabah dan Sarawak lebih didengari dengan jelas maka, tambahan kerusi Parlimen perlu dilakukan dan ia selari dengan asas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memperuntukkan 35 peratus atau satu pertiga kerusi kepada Sabah dan Sarawak.

Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan sudah tiba masanya untuk mengembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak.

“Untuk tambahan kerusi ini, saya amat setuju dengang Abang Jo dan juga Hajiji. Kalau dibawa ke Parlimen, saya akan memberi sokongan yang penuh untuk membolehkan supaya kita melakukannya (tambah kerusi),” katanya semasa Majlis Santai Presiden Warisan, di Sutera Harbour Resort, semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sudah agak lama tiada tambahan kerusi Parlimen di Sabah dan hanya sekali sahaja tambahan kerusi dilakukan iaitu di Kalabakan.

“Berdasarkan amalam biasa, dalam tempoh 10 tahun jumlah kerusi boleh ditambah. Itu memang termaktub dalam MA63 yang menyatakan satu pertiga kerusi Parlimen sepatutnya diagihkan kepada wilaya-wilayah yang ada sama ada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Apabila Singapura keluar dari Malaysia, kerusi dari Singapura langsung tidak diberikan kepada Sabah, hanya di Semenanjung. Jadi, sudah sampai ketikanya asas MA63 ini dipenuhi,” katanya 

Mohd. Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata, jika dilihat bilangan kerusi DUN di Sabah juga telah bertambah dari 48 kepada 60 dan sekarang menjadi 73 kerusi.

Malah katanya, jika dilihat ada satu kawasan Parlimen mempunyai empat kawasan DUN seperti di Kalabakan iaitu DUN Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik dan di Lahad Datu pula ada tiga kawasan DUN iaitu Segama, Silam dan Kunak.

Menurutnya, kawasan di Sabah agak besar jadi, sukar untuk seorang Ahli Parlimen untuk menguruskan sebuah kawasan yang besar dengan jumlah kerusi DUN yang banyak.

Jelas beliau, mengenai persempadanan semula, ia bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan berdasarkan keluasan dan populasi pengundi di sesuatu kawasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya