Takungan air tambahan dibina untuk atasi banjir kilat di KL

Takungan air tambahan dibina untuk atasi banjir kilat di KL

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses membina beberapa takungan air tambahan bagi mengurangkan risiko banjir kilat yang sering melanda negara terutamanya di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, takungan air tambahan itu merupakan sebahagian daripada rancangan tebatan banjir jangka pendek dan panjang.

Katanya, takungan air baharu itu dijangka dapat me­ngurangkan risiko banjir kilat di kawasan dikenalpasti termasuk ibu negara.

“Perancangan ini memang sudah ada. Cuma, kita merancang mengikut kemampuan kewangan yang ada dan apa yang ada itu kita laksanakan seboleh mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelan tindakan kerajaan untuk mengatasi isu banjir kilat di ibu negara, selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Baharu Asia 2024 di sini, semalam.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, kebanyakan takungan air itu akan dibina di ibu negara di bawah pengawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sudah ada projek yang dijalankan, tapi ada satu projek membabitkan masalah reka bentuk dan kontraktor, dan ini menjejaskan perancangan kita.

“Kita kena lihat bagaimana pelan pemulihan untuk mempercepatkan mana-mana projek yang tergendala disebabkan kegagalan kontraktor,” kata­nya.

Semalam, hujan lebat lebih tiga jam sejak sekitar jam 7 pagi mengakibatkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat sehingga sekitar 0.5 meter.

Keadaan itu berlaku di­sebabkan limpahan air dari beberapa sungai utama termasuk Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak selain masalah perparitan di ibu negara.

Berdasarkan makluman DBKL, taburan hujan diterima di Kuala Lumpur melebihi 100 milimeter (mm) direkodkan iaitu jauh melebihi paras purata 60 mm. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya