Taktik penjualan vape menyerupai alat tulis dikesan

Taktik penjualan vape menyerupai alat tulis dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengesan taktik penjualan rokok elektronik atau vape menyerupai peralatan alat tulis seperti pen, gam dan pena penanda yang berleluasa dalam platform atas talian.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, taktik licik terbaharu dilakukan peniaga peranti merokok tersebut yang mensasarkan pelajar sekolah itu bukan saja menarik minat remaja dan kanak-kanak untuk membelinya, bahkan mengelirukan guru, ibu bapa dan penjaga.

Katanya, MCPF melihat tindakan penjualan vape itu boleh mempengaruhi pelajar untuk membawanya ke sekolah tanpa sebarang kegusaran sekali gus akan meningkatkan tabiat tidak sihat dan memudaratkan dalam kalangan kalangan remaja dan kanak-kanak.

“Malah, penjualan peranti ini secara terbuka dalam talian dan kedai barangan gajet memudahkan pelajar membelinya yang sekali gus menyukarkan pemantauan daripada pihak berwajib.

“Tindakan peniaga dan penjual dalam talian yang memasarkan vape atau rokok elektronik menggunakan bentuk serta pelekat menyerupai perkakas alat tulis seperti highlighter, gam dan pena penanda (marker pen) adalah tidak bertanggungjawab serta melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ayub berkata, pihaknya justeru itu menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk melakukan serbuan dan merampas ke atas peniaga memiliki dan menjual peranti merokok tersebut yang menggunakan label mengelirukan itu.

Selain itu, katanya, MCPF juga mencadangkan Kementerian Kesihatan agar dapat merangka satu peraturan khusus penjualan produk merokok bagi mengekang peniaga menjual peranti rokok elektronik yang boleh menarik minat remaja dan kanak-kanak.

“Malah, penjualan peranti ini secara terbuka dalam talian dan kedai barangan gajet memudahkan pelajar membelinya yang sekali gus menyukarkan pemantauan daripada pihak berwajib.

“Ini sekali gus akan merencatkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan remaja atau pelajar kepada rokok termasuk vape meskipun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober lalu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya