Tak pernah ambil hati kena ‘face shaming’ - Zynakal - Utusan Malaysia

Tak pernah ambil hati kena ‘face shaming’ – Zynakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zynakal mendedahkan tidak kisah dengan kecaman atau cemuhan orang ramai terhadap rupanya di media sosial.

Kata Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 26, dia sangat berterima kasih kepada sesiapa yang berbuat demikian kerana menyedarkan dirinya yang sebenar.

“Jujur saya tak ambil hati sebab betul juga apa dia katakan. Terima kasih mengingatkan saya ialah Zynakal dan bukan Zayn Malik.

“Perkara itu bukan satu masalah sebab saya bersyukur berada dalam bidang muzik, kalau bidang lakonan, imej penting memandangkan wajah keluar televisyen.

“Muzik orang lebih cenderung mendengar suara berbanding wajah. Saya tak marah sebab apa dia katakan itu memang betul,” katanya.

Zynakal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Futureland Festival di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, pelantun Kenapa Kembali itu turut berkongsi bahawa sudah terbiasa dengan komen sebegitu di media sosial.

“Saya tak kisah, zaman sekarang netizen ada hak bersuara jadi biarlah apa mereka nak kata.

“Tambah pula saya sudah pernah dengar parkara sama sejak dulu, jadi sekarang saya cuma anggap ia sekadar pendapat,” ujarnya.

Perkembangan lain, Zynakal antara artis yang bakal memeriahkan konsert Futureland Festival di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 23 November depan.

Selain Zynakal, antara penyanyi lain yang turut serta adalah Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Syamel, Tuju, Fimie Don, Amsyar Lee dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya