Tak perlu keliling dunia asing peranan AG, PP - Aliran

Tak perlu keliling dunia asing peranan AG, PP – Aliran

Jabatan Peguam Negara (AGC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sepatutnya melengahkan pengasingan kuasa Peguam Negara (AG) dan pendakwa Raya (PP) dengan membuat ‘rombongan’ besar mengelilingi dunia dalam membuat pembaharuan tersebut.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Aliran berkata, perkara itu perlu disegerakan dan ia selaras dengan pendirian yang dinyatakan bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara uang sama.

“Tiada usaha harus dikecualikan, kerana pembaharuan ini patut diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Aliran menegaskan, tindakan tersebut adalah keadilan untuk semua pihak dengan menegaskan fungsi pengasingan kuasa itu perlu kerana kedua-dua peranan tersebut ada kalanya boleh bercanggah antara satu sama lain.

“Objektif atau tindakan kerajaan mungkin tidak semestinya untuk kepentingan rakyat jelata.

“Peguam negara merangkap pendakwa raya mungkin mendapati sukar untuk memikul kedua-dua peranan ini. Ini boleh menjejaskan keadilan dan demokrasi.

“Justeru, kami menjangkakan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dan pasukannya mempercepatkan proses reformasi,” tambahnya.

Terdahulu, Azalina memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pemisahan itu mesti dilakukan secara bertanggungjawab dan tidak boleh terburu-buru kerana kerumitan serta cabaran pelaksanaannya.

Malah, keputusan pengasingan kuasa itu juga tidak boleh dibuat berdasarkan populariti semata-mata, maka sebab itu kajian emperikal sedang dijalankan terhadap perkara itu.

Azalina dalam masa yang sama turut memaklumkan yang kerajaan sedang menjalankan kajian empirikal mengenai pengasingan kuasa di Kanada, Australia dan UK.

Dari 5 hingga 10 Mei, Azalina mengetuai delegasi dwipartisan ke Kanada dan kemudian ke Australia dari 2 hingga 6 Jun.
Selepas itu, Zaid, dalam catatan Facebook yang sarat dengan sindiran, mencadangkan agar menteri itu memulakan lawatan ke Scotland pula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya