Taburan hujan tinggi, lebih 100mm per jam

Taburan hujan tinggi, lebih 100mm per jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat mula turun sekitar jam 8.30 pagi yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air ekoran limpahan sungai-sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi melebihi purata, 60 milimeter (mm).

“Bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114mm per jam iaitu lebih 54mm lebih tinggi.

“Petugas DBKL telah turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal. Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu aliran trafik,” katanya.

Jelasnya, setakat pukul 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat yang ditutup satu hala.

Pihak DBKL juga telah mengaktifkan dua buah pam statik di Jalan Sultan Azlan Shah.

“Lokasi di sekitar Bulatan Dato’ Onn telah dinaiki air dan DBKL telah membawa masuk tiga buah pam mudah alih bagi menyedut air yang bertakung. Keadaan kembali normal kira-kira pukul 9.18 pagi.

“Kerja-kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen telah selesai dilaksanakan oleh DBKL manakala kerja-kerja pembersihan di Jalan Sultan masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung telah surut dalam 30 minit berdasarkan tindakan proaktif dijalankan DBKL.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, antara kawasan dilanda banjir kilat ialah Jalan Pudu, Salak Selatan, Jalan Kuching, Jalan Pantai Baru, Jalan Genting Klang dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut berlaku terlibat Jalan Gombak, Jalan Damansara, Jalan Manjalara, Jalan Maharajalela, Jalan Wangsa Maju dan Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya