Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan - Pesan Sherry buat Fattah Amin

Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan – Pesan Sherry Ibrahim buat Fattah Amin

Sherry Ibrahim dan Fattah Amin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sherry Ibrahim tampil menzahirkan rasa simpati dan menitipkan kata semangat buat aktor, Fattah Amin yang sah bercerai dengan aktres, Nur Fazura, hari ini.

Sherry yang telah berkongsi perkara itu di Instagram berharap, Fattah dapat menerima takdir hidupnya dengan terbuka dan terus kuat demi anaknya, Nur Fatima Aisya.

“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Kuatkan diri demi Fatima, Ibu, Ayah dan Adik2 yang sentiasa ada di sisi,” katanya.

Mengakui situasi yang diharungi pelakon lelaki itu tidak mudah untuk dilalui, Sherry yang juga mengharapkan bekas kekasihnya itu dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, Insyaallah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.

“Terus melangkah ke hadapan and semoga semua urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” jelasnya.

Umum tahu, Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Sherry sekitar tahun 2014 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 2016.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mengesahkan Fattah dan Fazura telah bercerai dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Susulan kes perceraian itu, Fattah telah menafikan tuduhan Fazura yang mendakwanya culas dengan tanggungjawabnya memberikan nafkah dan berlaku curang terhadap aktres itu sepanjang membina hidup bersama.

Fattah yang melaporkan mereka telah membuat persetujuan bersama untuk tidak membuka aib mana-mana pihak bagaimanapun kesal dengan tindakan bekas isterinya itu dan menganggap dakwaan itu satu fitnah.

Fattah dan Fazura yang sudah berkahwin sejak 27 November 2017 itu turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN