T15: Ukuran bersandarkan pendapatan boleh guna

T15: Ukuran bersandarkan pendapatan boleh guna

MADELINE BERMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengkelasan golongan T15 perlu diukur bersandarkan pendapatan boleh guna sesebuah isi rumah dengan mengikut lokasi bagi sesebuah negeri.

Felow Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma berkata, kaedah tersebut dilihat lebih adil sebelum pemberian subsidi bersasar terutama petrol RON95 dilaksanakan.

Selain itu, katanya, maklumat individu yang diperoleh termasuk menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) perlu diperincikan untuk mengenal pasti golongan yang benar-benar layak menerima subsidi. 

“Sebagai contoh, kerajaan boleh memperincikan aspek tanggungan bagi sesebuah keluarga termasuk dari segi takrifan umur itu sendiri.

 “Kalau ada anak yang berumur 17 tahun dan sihat dalam keluarga itu, maka ia tidak lagi dianggap sebagai tanggungan kerana sudah boleh bekerja (sekiranya tidak bersekolah)  walaupun pada hakikatnya menganggur,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, kerajaan sedang meneliti kaedah baharu untuk pengelasan pendapatan bersih sebelum penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan tahun depan dengan kategori T15 tidak akan menikmati subsidi berkenaan.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi (IPTA) kepada kumpulan berkenaan.

Tambah Madeline, konsep pengkelasan golongan tertentu dengan mengikut garis pendapatan masih relevan termasuk membabitkan pemberian subsidi bersasar.

“Kelayakan seseorang untuk menerima subisidi di Malaysia ditentukan dengan pendapatan melainkan kita ada garis lain yang dapat membezakan orang itu miskin atau kaya.

“Justeru, ia perlu dibuat dengan teliti sebelum subsidi dapat diagihkan nanti,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya