Syukur jadi mekanik, masih jaga kerbau kesayangan

Syukur jadi mekanik, masih jaga kerbau kesayangan

MUHAMMAD Syukur Khamis bersama kerbau peliharaannya sehingga mendapat julukan ‘Mowgli Malaysia’ di Kampung Banggol Katong, Serada di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pe­lakon drama Budok Kuba, Muhammad Syukur Kha­mis, 19, yang menamatkan kursus di Pusat Giat Mara, Kuala Temelong, Hulu Te­rengganu, kini membantu abangnya di bengkel motosikal berkuasa tinggi di Kampung Banggol Katong, Serada di sini, sejak Julai lalu.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ berkata, dia mula mengikuti kursus teknologi motosikal di pusat latihan kemahiran itu selama enam bulan bermula pada Januari lalu.

Menurutnya, dia yang meminati bidang automotif gembira apabila mendapat tawaran mengikuti kursus tersebut.

Katanya, pada peringkat awal ini, dia diberi bim­bingan oleh abangnya, Muhammad Alias, 34, untuk meningkatkan kemahiran sebagai mekanik motosikal berkuasa tinggi.

“Saya juga pernah menyertai pertandingan membaiki motosikal sempena Ekspo TVET@KKDW di Melaka, baru-baru ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Muhammad Syukur yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau ke­sayangannya berkata, dia tetap membantu menguruskan binatang ternakan bapanya, Khamis Jusoh, 67, di kampung berkenaan.

Tambahnya, pada masa ini, jumlah kerbau yang dipelihara ialah 80 ekor, kambing 30 ekor dan lembu tiga ekor.

Katanya, walaupun si­buk membaiki motosikal di bengkel berdekatan rumahnya, namun dia tetap mengambil masa untuk ‘bermanja’ de­ngan binatang ternakan ke­sayangannya itu.

“Sebelum membuka bengkel pada pukul 10 pagi, saya akan memberi makan kepada binatang ternakan tersebut.

“Sementara itu, pada pukul 6 petang pula saya akan memastikan kerbau, kambing dan lembu peliharaan masuk ke dalam kandang,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya