Syed Saddiq cedera langgar dahan pokok tumbang ketika Ironman - Utusan Malaysia

Syed Saddiq cedera langgar dahan pokok tumbang ketika Ironman

KEADAAN Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas terlanggar dahan pokok tumbang ketika menyertai kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan mengalami cedera ringan semasa melakukan disiplin berbasikal dalam kejohanan Ironman Malaysia disertainya hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beliau melanggar dahan pokok tumbang sekitar tengah hari tadi dalam kejohanan triatlon itu yang berlangsung di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari yang mengesahkan kejadian bagaimanapun tidak menyatakan kecederaan dialami bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

“Setakat tadi, difahamkan beliau terus berkayuh ke checkpoint akhir untuk acara seterusnya iaitu acara larian,” katanya di sini hari ini.

Syed Saddiq menyertai acara triatlon yang melibatkan disiplin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal (180km) dan larian (42.2km). Beliau dijangka menghabiskan triatlon tersebut pada pukul 8.51 malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN