Syarikat penerbangan tempatan tangguh 61,014 penerbangan

Syarikat penerbangan tempatan tangguh 61,014 penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 61,014 daripada 258,116 penerbangan yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan tempatan ditangguhkan sepanjang Januari hingga Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 55,024 daripada 61,014 penerbangan ditangguhkan kurang dari dua jam waktu pelepasan manakala bakinya 5,990 penerbangan ditangguhkan lebih awal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebanyak 57,276 daripada 315,388 jumlah penerbangan berjadual telah dibatalkan setakat Ogos tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 20 peratus atau 90,696 daripada 444,234 jumlah penerbangan berjadual telah dibatalkan sepanjang tahun 2023.

Tambahnya lagi, ia menjadikan bilangan penerbangan yang beroperasi pada 2023 adalah 353,838 penerbangan dan setakat Ogos ini berjumlah 258,112.

“Antara punca kelewatan penerbangan adalah disebabkan oleh operasi syarikat penerbangan seperti penggiliran pesawat dan anak kapal serta keadaan luar biasa dan isu teknikal.

“Manakala punca pembatalan penerbangan adalah disebabkan komersial seperti muatan rendah (poor loads), masalah operasi syarikat penerbangan seperti kekurangan anak kapal, ketibaan lewat pesawat, putaran pesawat (aircraft rotation), keadaan luar biasa seperti cuaca, kawalan trafik udara dan masalah teknikal seperti Aircraft on Ground (AOG),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya bertulisnya kepada Mohamad Shafizan Kepli (GPS – Batang Lupar), hari ini.

Loke berkata, pengguna yang terjejas akibat daripada pembatalan penerbangan Malaysia Airline Berhad (MAB) telah ditawarkan peruntukan semula tiket penerbangan pada sehari sebelum atau selepas penerbangan asal atau penerbangan berikutnya yang tersedia.

Katanya, pilihan pertama peruntukan semula ditawarkan adalah kepada mana-mana penerbangan MAB yang tersedia dan jika tiada penerbangan tersedia maka peruntukan tiket baharu menggunakan syarikat penerbangan lain akan ditawarkan.

“Setelah penumpang dimaklumkan tentang pelan peruntukan semula berkenaan, penumpang masih mempunyai pilihan untuk menerima, mengubah suai atau meminta bayaran balik,” katanya.

Beliau berkata, pembatalan sementara bagi penerbangan yang terjejas dari bulan Ogos hingga Disember 2024 telah dimaklumkan kepada penumpang dan segala proses pemakluman itu kebanyakannya sudah selesai.

“Kini, MAB beroperasi seperti biasa dan hanya membatalkan penerbangan apabila berlaku force majeur iaitu apabila keperluan untuk membatalkan penerbangan jika ia melibatkan keselamatan berpunca dari cuaca buruk atau nasihat dari penguatkuasa penerbangan tempatan dan antarabangsa di antara laluan udara tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya