Suspek kes Sabari direman seminggu lagi bantu siasatan

Suspek kes Sabari direman seminggu lagi bantu siasatan

SABARI BAHAROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis memperoleh perintah reman selama seminggu lagi terhadap seorang kontraktor dan anak saudaranya bagi membantu siasatan kes pembunuhan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, bulan lalu.

Permohonan reman yang bermula semalam hingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Anis Suraya Ahmad yang meluluskan permohonan polis daerah Baling untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan polis pada 27 September lalu setelah dipercayai terlibat dalam kehilangan Sabari.

Mereka ketika itu direman sehingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana dipercayai membakar kereta Proton Waja milik Sabari yang ditemukan hangus di Kampung Pulau Belantek, Sik pada 20 September.

Terdahulu, sebuah lori membawa suspek dengan kawalan ketat polis dilihat memasuki Kompleks Mahkamah Sungai Petani sekitar pukul 9.48 pagi sebelum meninggalkan bangunan mahkamah kira-kira sejam kemudian.

Dalam kejadian itu, Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling disedari hilang oleh anak-anaknya yang membuat laporan polis pada 4 September lalu.

Siasatan polis kemudiannya mendapati warga emas itu disa­mun oleh suspek yang di­kenalinya, sebelum suspek nekad mengikat tangan dan menutup mulut serta mencampakkan Sabari ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu.

Suspek dipercayai bertindak demikian kerana risau dengan identitinya terbongkar setelah dicam mangsa pada hari kejadian.

Polis yang mengesahkan Sabari dicampak ke dalam sungai itu kemudian melaksanakan operasi pencarian dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Bagaimanapun, operasi selama tiga hari bermula 30 September terpaksa dihentikan selepas tidak menemukan jasad Sabari dan sebarang petunjuk lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya