Sultan Selangor titah pegangan GISBH menyeleweng

Sultan Selangor titah pegangan GISBH menyeleweng dari akidah

Fatwa GISBH
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Anhar Opir dekat Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - Gambar Pejabat Sultan Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, amalan, pegangan dan fahaman dalam syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. sebagai sesat

Pejabat Sultan Selangor dalam satu kenyataan berkata, baginda menegaskan pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung yang dibawa oleh kumpulan Al – Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam.

“Keputusan hasil mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 September lalu disembah maklum untuk diperkenankan baginda, oleh Pengerusinya Datuk Dr. Anhar Opir, di Istana Bukit Kayangan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga berpuas hati dan meyakini pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung yang dibawa oleh kumpulan Al – Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam sebenar menurut Warta No. 54 disiarkan pada 4 Februari 1993,” katanya, hari ini.

Tambah kenyataan itu, fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri-ciri yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat.

“Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baru yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman, ajaran, pegangan atau amalan itu adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah,” jelasnya.

Katanya lagi, butiran lanjut mengenai fatwa terkini ini akan dihuraikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan pihaknya menahan 108 orang pengikut GISBH yang dipercayai mengamalkan Aurad Muhammadiyah.

Malah, pihaknya juga sedang berusaha mengesan salasilah 425 kanak-kanak yang diselamatkan selepas pengikut gerakan tersebut dipercayai melakukan perkahwinan bercelaru dan tidak mendaftar dengan Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya