Sultan Selangor ingatkan jaga tingkah laku

Sultan Selangor ingatkan jaga tingkah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak termasuk penyokong Selangor FC agar menjaga tingkah laku masing-masing supaya tidak berlaku perselisihan faham dan pergaduhan sama ada di dalam atau luar padang.

Baginda menitipkan peringatan itu menerusi sepucuk warkah kepada pihak pengurusan Selangor FC pada 10 Oktober lalu setelah mengambil kira keadaan semasa dan prihatin dengan semangat persaingan yang kian memuncak dalam saingan Liga Super.

Dalam warkah berkenaan, Baginda mengingatkan agar semua pihak menjaga tingkah laku masing-masing supaya tidak berlaku lagi perselisihan faham dan pergaduhan di dalam mahu pun luar padang, yang boleh mengundang permusuhan sehingga membawa kepada keganasan.

“Baginda mahu setiap pemain dan juga penyokong harus bijak dan rasional dalam mengawal emosi agar tidak terjerumus dengan provokasi yang boleh memberi kesan negatif yang akhirnya membinasakan.

“Titah Baginda, sesungguhnya dalam bola sepak, menang atau kalah adalah adat pertandingan namun yang lebih penting, semua yang terlibat meraikan pihak yang berjaya dan mengambil tauladan daripada setiap kekalahan,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris berkenan menzahirkan titah pesanan itu kepada pengurusan pasukan Selangor FC, kelab-kelab penyokong Selangor FC dan juga semua penyokong Selangor FC khususnya Ultras Selangor yang hadir ke stadium pada setiap perlawanan.

Dalam ada itu, Sultan Sharafuddin Idris ingin terus melihat bola sepak kekal menjadi sukan yang menyatupadukan rakyat jelata tanpa ada anasir-anasir luar yang cuba merosakkannya.

Titah Sultan Selangor, menang atau kalah adalah adat pertandingan bola sepak dengan semua yang terlibat meraikan pihak yang berjaya dan mengambil teladan daripada setiap kekalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya