Sultan Nazrin pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Sultan Nazrin pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Sultan Nazrin Shah (tengah ) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara hari ini.

Memetik laporan Bernama, turut berangkat ke mesyuarat selama dua hari bermula hari ini ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis. Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berangkat sama.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara.

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lepas selama dua hari yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya