Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah tiba di MTHQA ke-64

Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah tiba di MTHQA ke-64

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba pada Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64, kira-kira pukul 8.18 malam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, adalah bagi pengurniaan hadiah pemenang kepada peserta kategori tilawah dan hafazan Al-Quran.

Johan qari dan qariah kategori tilawah Al-Quran akan menerima kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai daripada kerajaan Malaysia berjumlah RM40,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah sama menanti johan lelaki dan wanita bagi kategori Hafazan Al-Quran.

Terdahulu, MTHQA ke-64 membuka tirai penganjurannya pada 5 Oktober dengan penyertaan seramai  92 peserta mewakili 71 negara.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sehingga 12 Oktober, majlis ini dibarisi dengan 53 peserta tilawah terdiri 39 lelaki dan 14 wanita, manakala peserta hafazan terdiri 39 orang membabitkan 26 lelaki dan 13 wanita dari 36 negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya