Atlet ping pong Kedah di SUKSEM meninggal dunia

Atlet ping pong Kedah di SUKSEM meninggal dunia

ABDUL HALIM MD. DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang atlet ping pong Kedah yang menyertai Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Se-Malaysia (SUKSEM) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri sebaik tamat beraksi di sini, semalam.

Pembantu am Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Abdul Halim Md. Daud, 54, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kira-kira pukul 9.15 malam.

Abdul Halim sebelum itu pada sebelah petang didapati tidak sedarkan diri setelah mengambil bahagian dalam kategori veteran di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Nerus.

Menurut Pegawai Perhubungan Kontinjen SUK Kedah, Muhammad Shafiee Abdullah, ketika kejadian Allahyarham mengadu tidak sedap badan lalu berehat sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.

“Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA), namun dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada pukul 6.20 petang,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan kontinjen Kedah atas kejadian menimpa Allahyarham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN