Sukar ramal kejadian banjir di KL

Sukar ramal kejadian banjir di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca di negara ini tidak menentu menyebabkan sukar untuk mengetahui sama ada ibu negara bakal dilanda banjir sekali lagi atau tidak.

Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Dato’ Prof. Dr. Azizan Abu Samah berkata, agak sukar untuk membuat ramalan yang tepat sama ada Kuala Lumpur akan terjejas lagi atau tidak ini kerana ibu negara dibangunkan di kawasan dataran banjir.

“Risiko banjir itu ada kerana ibu negara dibangunkan di kawasan dataran banjir yang sememangnya terdedah dengan bencana alam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, menurut beliau, isu penyimpanan air sebagai persediaan menghadapi kemarau pula penting apabila sungai besar di semenanjung dilengkapi dengan empangan untuk tujuan penyimpanan air serta kawalan banjir.

“Membina empangan adalah satu projek mega dan perlu dirancang dengan teliti kerana ia ambil masa dua kelima tahun untuk dilaksanakan dan kosnya tinggi.

“Lebih murah kalau kita dapat jimatkan penggunaan air dan turunkan penggunaan daripada ‘260 liter/hari/orang’ kepada 150 liter/hari/orang’,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir keseluruhan negara pada hari ini.

Ia dijangka berlaku pada waktu pagi di beberapa negeri seperti Perak, Selangor dan Johor serta hujan juga diramalkan di Perlis dan Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), setiap agensi pengurusan bencana perlu mengambil langkah jelas seperti yang terkandung dalam Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 yang baru dilancarkan awal bulan ini menggantikan Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

“Orang awam perlu sentiasa peka dengan amaran cuaca MET Malaysia dan kawasan sekeliling bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keadaan dengan kehadiran cuaca buruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya