Sukar mansuh PTPTN: "Sejak zaman BN lagi sudah cakap" -Akmal

Sukar mansuh PTPTN: “Sejak zaman BN lagi sudah cakap” -Akmal

MUHAMMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memaklumkan bahawa pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dilaksana.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pendirian tersebut telah pun diperjelaskan sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun katanya, kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya dimaki dan dihina dalam isu melibatkan PTPTN.

“Kita dah cakap lama dah sejak dari zaman BN kerajaan dulu.”Tapi tak nak percaya, malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib dimaki dan dihina,” katanya.

Semalam Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan sukar untuk memansuhkan hutang PTPTN disebabkan komitmen kewangan kerajaan yang begitu besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN