Subsidi bersasar diesel kecuali Sabah, Sarawak  bukan  diskriminasi -Armizan

Subsidi bersasar diesel kecuali Sabah, Sarawak  bukan  diskriminasi -Armizan

ARMIZAN Mohd. Ali (kanan) semasa melawat tapak Program Madani Rakyat Sayangi Sabah di pekarangan Stadium Likas di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang mengecualikan Sabah dan Sarawak bukanlah tindakan diskriminasi.

Justeru, kerajaan akan pertahankan pendirian tersebut dalam berhadapan tindakan saman yang difailkan dua individu terhadap Perdana Menteri dan tiga Menteri Kabinet lain.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, beliau telah menerima saman tersebut tiga minggu lalu dan perkara sudah  dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Antara yang disenaraikan dalam saman itu termasuk beliau sendiri,  Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pengangkutan,  Anthony Loke; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan kerajaan Persekutuan.

“Mereka berhak untuk membawa ke mahkamah dan kerajaan akan menjawab.Ini adalah polisi kerajaan, polisi yang diputuskan bersandarkan kepada fakta. Apa faktanya? Kita laksanakan di Semenanjung Malaysia, di Sabah dan Sarawak belum lagi kerana kita ingin melihat dulu pelaksanaan di Semenanjung Malaysia,” katanya selepas meninjau tapak Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah di pekarangan Kompleks Stadium Likas, semalam.

Katanya, asas saman itu adalah individu tersebut menganggap kerajaan bersikap tidak adil dan melakukan diskriminasi apabila penyasaran subsidi diesel tidak dilakukan serentak di seluruh negara.

Armizan berkata, Perdana Menteri tidak berhasrat untuk mendiskriminasi kawasan Parlimen beliau sendiri dan yang paling penting, penyasaran subsidi itu dilaksanakan kerana melihat keadaan yang unik di Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, rakyat di Sabah dan Sarawak menggunakan kenderaan dengan bahan api diesel disebabkan keperluan kerana keadaan infrastruktur dan geografi di kedua-dua negeri berkenaan berbeza berbanding semenanjung.

Malah, jurang harga barang dan perkhidmatan di Sabah dan Sarawak juga jauh lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia. Jadi, rakyat di kedua-dua negeri ini cukup terbeban dengan jurang harga yang tinggi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya