Suami isteri, dua beranak dicekup curi kabel awal pagi

Suami isteri, dua beranak dicekup curi kabel awal pagi

Curi kabel
KABEL dan barangan yang dirampas polis daripada suspek yang ditahan di Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan sepasang suami isteri dan dua beranak disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) pada awal pagi memakan diri apabila mereka dicekup polis bersama seorang individu lain semalam.

Mereka ditahan di Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie di sini, kira-kira pukul 4.30 pagi apabila unit rondaan Balai Polis Bukit Jelutong mengesan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 24 hingga 47 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu kemudian menemukan sejumlah kabel milik TM yang dipercayai dicuri dan peralatan memotong kabel.

“Dua daripada suspek yang ditahan merupakan pasangan suami isteri manakala dua lagi suspek mempunyai hubungan ibu dan anak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek antaranya bekerja sebagai pemandu lori dan operator kilang.

“Semakan lanjut turut mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Hasil saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan kesemua suspek direman antara dua hingga tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya