STL GP Perak: Selangor Piston bangkit - Utusan Malaysia

STL GP Perak: Selangor Piston bangkit

APIT kanan KPT Masum Knight, Nur Haziq Norali melakukan rejaman sambil dihalang pemain Johor Tigris, Mohd. Syahmi Syazwan Aziz pada perlawanan STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh semalam. - UTUSAN/IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selangor Piston bangkit daripada kekalahan perlawanan pertama STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam dengan menumpaskan PDRM Defender, 2-0.

Tumpas kepada tuan rumah, Perak Bison 1 -2 pada hari pertama saingan, Selangor Piston mempamer perwatakan mantap untuk mencatat kemenangan 15-11 dan 15-9 dalam tempoh 45 minit.

Trio Zuhri Mohd Zaini, Muhammad Arif Daniel dan Ariff Mohd Badri hanya mendapat sedikit tentangan pada set pertama.

Mereka kemudian mudah menjinakkan gandingan Muhammad Syahmi Hussain, Muhammad Shaharil Aiman dan Pharitat Kaewnunnual di set kedua.

Sebarang peluang PDRM kini bergantung kepada perlawanan terakhirnya hari ini menentang tuan rumah, Perak Bison.

PDRM tidak mampu kalah apabila turun bertemu lawan yang pasti akan mendapat sokongan ribuan penyokongnya.

Turut mencapai kemenangan mudah ialah Terengganu Turtles yang mudah mengatasi pasukan Cik Siti Wan Kembang 15-11, 15-11.

Naib juara GP Terengganu itu ternyata terlalu handal buat Kelantan Warriors untuk menghadiahkan kekalahan kedua wakil Kelantan itu.

Gandingan Teerapat Promin (tekong) Muhammad Khairul Aman (apit kanan) dan Muhammad Afif Jazimin (apit kiri) nyata terlalu hebat buat regu Kelantan Warriors.

Sementara itu, pilihan utama kejohanan KL Thunder seperti dijangka melepasi Penang Black Panthers 2-0.

Kekalahan itu adalah yang kedua buat Panthers yang tumpas kepada ATM Guardians 1-2 sebelum ini.

KPT Masum Knights pula menghidupkan sisa peluang untuk ke suku akhir STL Premier Emas Anuar GP Perak selepas mengalahkan Johor Tigris 14-17, 15-6 dan 15-10. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya