STL GP Perak: KL Thunder ke separuh akhir - Utusan Malaysia

STL GP Perak: KL Thunder ke separuh akhir

PEMAIN NS Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi melibas bola sambil cuba dihalang pemain KL Thunder, Amirul Azwan pada STL GP Perak di Stadium Indera Mulia hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kuala Lumpur Thunder layak ke separuh akhir STL Premier Emas Anuar GP Perak selepas menumpaskan Negeri Sembilan Antlers 2-1 dalam perlawanan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Trio Kuala Lumpur terdiri daripada tekong Kebangsaan, Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir mempamer persembahan cemerlang terutama di set pertama dan penentuan untuk mengatasi regu Negeri Sembilan dalam masa 61 minit.

Dengan kejayaan itu, regu wargakota menebus kekalahan kepada lawan itu pada pusingan awal GP Terengganu minggu lalu.

Kecuali di set kedua, Syahir beraksi baik untuk memerangkap lawan dengan beberapa ‘servis drop’.

Pada masa sama, rejaman Azlan Alias juga ‘menjadi’ untuk Thunder menang 15-8 dalam tempoh 17 minit.

Begitupun, Antlers bangkit pada set kedua untuk memaksa tie-break apabila menang 15-13 selepas pertarungan 26 minit.

Bagaimanapun, segalanya musnah buat Muhammad Haziq, Hafizul Hayazi dan Zuleffendi Sumari apabila lawan memperkemaskan permainan untuk menamatkan cabaran mereka 15-6 dalam masa 18 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya