STL GP Perak: Johor Tigris mara ke suku akhir - Utusan Malaysia

STL GP Perak: Johor Tigris mara ke suku akhir

PEMAIN KL Thunder, Muhammad Redwan Hakim cuba menghalang bola libasan pemain ATM Guardians, Muhammad Afifuddin pada STL GP Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Johor Tigris menumpaskan Bomba Fighters (BMB) 2-0 untuk mara ke suku akhir STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Memerlukan kemenangan straight set untuk melangkah ke pusingan suku akhir, Johor yang tumpas dalam perlawanan pertama 1-2 kepada Masum Knights mempamer aksi bergaya ke atas lawan.

Trio Udomsok Nakhowong, Mohd Syahmi Syazwan dan Muhammad Lutfil Hadi berganding baik untuk mengatasi lawan.

Walaupun Trio Bomba, Pongsatorn Pong Udtha, Baihaki A’ripin dan Nik Muhammad Afiq cuba memberi tentangan tetapi tidak cukup untuk menyekat kemenangan lawan.

Sementara itu, tuan rumah, Perak Bison menumpaskan PDRM Defenders 2-0 untuk mara ke suku akhir.

Kemenangan 15-9, 15-13 itu menyaksikan Perak Bison muncul juara Kumpulan C.

Sementara itu, Selangor Pistons muncul naib juara kumpulan itu manakala pilihan utama kejohanan, Kuala Lumpur Thunder, seperti dijangka meraih kemenangan 2-1 ke atas ATM Guardians.

KL Thunder bagaimanapun terpaksa mengerah segala keringat sebelum dapat menjinakkan pencabarnya 17-16, 9-15, 15-12 untuk muncul juara kumpulan.

Turut layak ke suku akhir ialah Terengganu Turtles selepas merakam kejayaan 15-12, 15-12 ke atas Negeri Sembilan Antlers. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya