STL GP Perak: ATM buat permulaan baik - Utusan Malaysia

STL GP Perak: ATM buat permulaan baik

PEMAIN Penang Black Panthers, Komkrit Kaewkhamjan melakukan libasan sambil dihalang pemain ATM Guardians, Muhammad Fetri pada perlawanan STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ATM Guardians membuat permulaan baik saingan STL Premier Emas Anuar GP Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini apabila menumpaskan Penang Black Panthers 2-1.

Tumpas 10-15 pada set pertama, ATM bangkit dalam dua set berikutnya untuk mengutip kemenangan dalam perlawanan kumpulan.

Begitupun, Penang Black Panthers tampak menuju kemenangan straight set apabila mendahului 13-11.

ATM berjaya menyekat kemaraan pasukan Pulau Mutiara untuk meraih kemenangan 15-13.

Set ketiga juga berlangsung sengit yang menyaksikan tekong kedua-dua pasukan banyak membuat kesilapan.

Bagaimanapun ATM berjaya mendahului 14-12 dan menamatkan perlawanan itu 15-13 selepas membenarkan lawan mengutip satu mata.

GP Perak meurpakan sirkit ketiga STL Premier Emas Anuar selepas GP Selangor dan Terengganu.

KL Thunder memenangi kedua-dua sirkit tersebut.

Perak Bison muncul naib juara di Selangor manakala Terengganu Turtles Naib juara pada saingan di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya