Steinbruckner lepas jawatan ketua jurulatih TFC - Utusan Malaysia

Steinbruckner lepas jawatan ketua jurulatih TFC

TOMISLAV STEINBRUCKNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mengesahkan ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner telah melepaskan jawatan di kerusi panas itu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas, berkata, keputusan itu dibuat melalui perbincangan bersama pengendali kelahiran Croatia itu, hari ini.

Menurut beliau, tugas sebagai pengendali sementara TFC bagi menghadapi PDRM, Jumaat ini, kini akan digalas Badrul Afzan Razali dan Hairuddin Omar.

“Hasil perjumpaan bersama Steinbruckner, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk beliau melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih TFC musim ini.

“Turut akan meninggalkan kelab ini adalah penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic, juga dari Croatia.

“Keputusan ini dibuat secara bersama berdasarkan prestasi semasa pasukan untuk meningkatkan keputusan di dalam padang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Steinbruckner yang pernah melatih T-Team pada 2015 kembali ke Terengganu sebagai Pengarah Teknikal pada 2022 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pada 2023.

Menggantikan Nafuzi Zain, Steinbruckner membawa TFC muncul naib juara Piala Malaysia selain menamatkan Liga Super di tempat keenam, tahun lalu.

TFC memulakan kempen musim ini dengan positif namun mula merudum setelah hanya menang dua daripada sembilan perlawanan terahir dalam semua pertandingan.

Ini termasuklah tumpas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), 1-4 dan 0-1 kepada Selangor dalam saingan Piala FA serta Liga Super, minggu lalu.

Manakala dalam kempen Kejuaraan Kelab Asean (ACC), skuad Penyu turut bergelut hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan Kumpulan A. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya