SST ditambah baik, ikan salmon, avokado bakal kena cukai

SST ditambah baik, ikan salmon, avokado bakal kena cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan ditambah baik supaya lebih progresif mulai tahun depan dan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang dibeli  rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai tersebut akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avokado.

“Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

“Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop perluasan dan kadar cukai yang dikenakan.

“Perluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN