SRK Horley Methodist Teluk Intan dinaiki air pasang besar - Utusan Malaysia

SRK Horley Methodist Teluk Intan dinaiki air pasang besar

KEADAAN banjir di SRK Horley Methodist di Teluk Intan berikutan hujan dan fenomena air pasang besar hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Horley Methodist, Jalan Bandar di sini dinaiki air berikutan hujan lebat dan air pasang besar hari ini.

Tinjauan mendapati air naik hingga bahagian bawah bangunan sekolah antaranya melibatkan bilik darjah, bilik mesyuarat dan surau.

Air naik sehingga paras betis menyebabkan guru dan murid memindahkan buku dan peralatan mengajar ke tempat tinggi.

Seorang guru di sekolah itu berkata, ini pertama kali air naik hingga ke kawasan sekolah itu dan yang paling tinggi pernah berlaku disebabkan hujan dan fenomena air pasang besar ketika ini.

“Semalam keadaan seperti biasa, air tidak naik hingga ke kawasan sekolah tetapi pagi ini sekolah ini dinaiki air bermula pada pukul 6 pagi.

“Ini kejadian pertama yang dialami di sekolah ini dan paras air paling tinggi yang pernah berlaku.

“Namun sesi pembelajaran 112 murid tidak terjejas kerana sekolah ini mempunyai bilik darjah di tingkat atas bangunan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya