SPRM teliti isu tatakelola pemberian tender sebelum panggil Muhyiddin

SPRM teliti isu tatakelola pemberian tender sebelum panggil Muhyiddin

KUALA LUMPUR 18 OKTOBER 2024 - Azam Baki (kiri) menukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed pada Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola antara SPRM dan PERKESO di Menara PERKESO di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melihat beberapa isu tatakelola dalam pemberian tender melibatkan projek 1BestariNet sebelum memanggil pihak berkaitan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri itu namun beliau dimaklumkan ketua siasatan kes bahawa banyak lagi perkara perlu dikumpulkan. 

Katanya, pegawai penyiasat kini sedang melihat secara rawak tentang pembekalan data yang diberikan oleh syarikat berkenaan kepada pihak sekolah.

“Beliau (Muhyiddin) akan dipanggil dengan mana-mana pihak lain namun belum masa ini lagi. 

“Jadi, kita perlu mengkaji dengan teliti. Dalam kes 1Bestarinet, saya ulang sekali lagi bukan sahaja kita melihat dari segi isu jenayah di sini tetapi juga pelbagai isu berkaitan tatakelola dalam pemberian tender berkenaan kepada syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini. 

Pada 9 Oktober lalu, media melaporkan SPRM sedang mempertimbang untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet membabitkan sebuah syarikat yang dilantik oleh kementerian untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 8,000 sekolah yang didakwa membuat tuntutan palsu.

Memetik sumber, nama Mahdzir adalah antara dalam senarai penyiasat selain Muhyiddin.

SPRM sebelum ini memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

Difahamkan, SPRM sedang mengenal pasti saksi untuk dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya