SPRM bongkar kartel bekal baja RM1.8 bilion

SPRM bongkar kartel bekal baja RM1.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan pembekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan bawah kawalan kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 Billion.

Beberapa siri pendedahan itu dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lunpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan berkenaan selain sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Menurut sumber, projek di bawah kementerian berjumlah RM1.8 billion telah dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula 2021 hingga 2023.

“Pertubuhan terbabit dipertanggungjawab untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada pesawah-pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan di peringkat negeri masing-masing.

“Hasil siasatan mendapati pertubuhan terbabit telah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja-baja padi daripada lima syarikat pengeluar selain membeli bahan-bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat,” katanya hari ini.

Dalam konteks ini, siasatan SPRM akan menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih.

Selain itu, siasatan juga menjurus kepada kesalahan salah guna kuasa yang mungkin berlaku dalam mana-mana Ahli Lembaga Pengarah yang terlibat dalam membuat keputusan pemilihan syarikat-syarikat berkepentingan.

Jelas sumber, SPRM telah merampas dokumen-dokumen berkaitan projek itu di peringkat kementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan di mana ia dalam peringkat kajian mendalam.

“Enam orang pegawai kementerian dan pertubuhan terbabit telah dipanggil SPRM untuk ditemubual,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan ini dan tidak menolak akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya