'Sokong, bantu rakyat Palestin' - Hadi - Utusan Malaysia

‘Sokong, bantu rakyat Palestin’ – Hadi

ABDUL Hadi Awang ketika berucap pada pada Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa di Dataran Khairunnisa, Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seluruh rakyat di negara ini termasuk bukan Islam perlu menyokong dan membantu rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan negara mereka daripada penjajahan rejim Zionis.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Palestin memerlukan sokongan daripada segi politik, ekonomi dan moral daripada semua pihak.

Menurutnya, bantuan kepada rakyat Gaza dan Palestin boleh disalurkan mengikut kemampuan masing-masing.

“Tiap-tiap orang Islam mesti melibatkan diri membantu Palestin berperang, yang hantar dah senjata, hantar senjata, yang boleh beri duit beri duit, tak boleh beri banyak beri sikit.

“Tiap-tiap orang yang tak mampu sekurang-kurangnya berdoa Qunut nazilah tiap-tiap waktu sembahyang (semoga) Allah SWT beri kemenangan, kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjihad, terima para syuhada kita, sembuhkan mereka yang cedera.

“Semua umat Islam jangan lupa berdoa (supaya) hati dia kekal bersama dengan perjuangan (kerana) Palestin ini jadi ibu perjuangan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa di Dataran Khairunnisa, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi yang juga bekas Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkata, pergolakan dan penderitaan rakyat Palestin bukan ujian Allah SWT kepada umat Islam di negara itu sahaja, sebaliknya seluruh dunia

“Allah SWT nak beri kemenangan kepada Islam tapi Allah uji kita dahulu dan kita bersama dengan sahabat-sahabat kita di Palestin.

“Allah beri kelebihan dan kita tumpang kelbihan itu mudah-mudahan Allah SWT terima segala sumbangan kita, doa kita dan hati kita bersama dengan Palestin (dan) diberi kemenangan kepada Islam,” katanya.

Pada Rabu lalu, Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa sumber Kementerian Perubatan Palestin mendedahkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang.

Sumber itu berkata, sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya