SMK Telok Kerang johan Anugerah Sekolah Lestari

SMK Telok Kerang johan Anugerah Sekolah Lestari

NOR RODZIWATI Zainon (tiga dari kanan) menerima replika cek daripada Timbalan Pengarah Kanan JAS Johor, Badlishah Ahmad di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kerang, dekat Pontian muncul johan Anugerah Sekolah Lestari Sesi 2023/2024 peringkat negeri anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan mengalah sebanyak 43 lagi sekolah yang menyertai pertandingan itu.

Kategori sekolah rendah pula dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru.

Menurut Guru Pembimbing SMK Telok Kerang, Nurul Syuhada Md. Yatim, terdapat lima elemen penting yang diniiai, iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas dengan penilaian menerusi laporan dan video.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan kitar semula, pertandingan perbarisan bertemakan alam sekitar, pandu lalu baju untuk komuniti dan laman Matlamat Pembangunan Lestari atau SDG’

“Selain itu kami juga menyertai program Sustainable School Program dengan kerjasama National Institute of Education (NIE) Singapura, Johor Corporation (JCorp) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor,” katanya kepada Utusan Pelajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN