Skandal MBI: SPRM beku akaun, aset jutaan ringgit

Skandal MBI: SPRM beku akaun, aset jutaan ringgit

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun dan aset bernilai jutaan ringgit susulan skandal rasuah perlombongan pasir yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu. 

“Seorang individu telah ditahan semula dan direman tujuh hari untuk kes yang masih dalam siasatan ini.

“Saya juga tidak nafikan ada tindakan pembekuan akaun dan aset, dianggarkan bernilai jutaan ringgit,” katanya selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini. 

Azam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan berkaitan saham yang disyaki diterima secara rasuah yang disimpan di beberapa syarikat. 

“Kita memerlukan sedikit masa berikutan terdapat 20 projek yang disiasat.

“Mungkin dalam masa terdekat, tiga hingga empat hari kita akan kemas kini berkaitan kes ini,” katanya. 

Media semalam melaporkan, Azam mengesahkan enam premis digeledah SPRM, Rabu lalu selain wang tunai dianggarkan bernilai RM600,000 disita bagi siasatan kes MBI dikaitkan dengan seorang ahli politik berpengaruh. 

Azam dilaporkan berkata, pihaknya telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang lagi individu berusia 45 tahun yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) (MBI).

“Kita juga meneliti 20 projek pembangunan membabitkan kerajaan negeri dipercayai wujud pembayaran rasuah selain melihat kepada lima syarikat yang dikatakan mempunyai saham membabitkan beberapa individu, termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kes ini,” katanya. 

Beberapa kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya