Situasi di Laut China Selatan kompleks tapi terkawal

Situasi di Laut China Selatan kompleks tapi terkawal

ZULHELMY ITHNAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Situasi di Laut China Selatan disifatkan sebagai kompleks namun terkawal bahkah kapal Pengawal Pantai China (CCG) tidak bertindak agresif terhadap Malaysia.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain berkata, walaupun belum ada tindakan agresif daripada CCG, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil pendekatan diplomasi dalam berhadapan dengan mereka di perairan negara.

Beliau berkata, walau kerap dilaporkan tentang kehadiran kapal-kapal CCG di perairan negara namun setakat ini, tiada sebarang konfrontasi tercetus.

Menurut beliau, pihak China banyak menghantar kapal-kapal CCG yang akan sentiasa berada di kawasan perairan yang dirasakan perlu dikawal mereka dan akan terus berada di situ untuk jangka masa lama.

“China banyak menghantar kapal-kapal pengawal pantai, kapal perang kurang. Sekali sekala ia akan lalu untuk transit dan sebagainya, tetapi yang akan terus berada di sana (perairan) terdiri daripada kapal pengawal pantai.

“Tetapi kapal pengawal pantai China tidak seperti kapal kita. Berat kapalnya 5,000 tan metrik, lebih besar daripada kapal perang kita sendiri. Maka mereka boleh berada di laut sampai 45 hari, 50 hari dan konsisten berada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang selepas Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-19 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Zulhemy berkata, walaupun kehadiran kapal-kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif terhadap pihak berkuasa Malaysia seperti yang berlaku di Filipina dan Vietnam.

“Masing-masing ada tuntutan di kawasan Laut China Selatan, tuntutan bertindih antara lima negara kita termasuk kita.

“Pada masa sama, masing-masing ada asas, ada sebab kenapa menuntut kawasan itu (Laut China Selatan),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apabila pihaknya menghantar armadanya menghampiri kapal-kapal China itu, hanya berlaku cabar dan jawab namun tiada tindakan agresif daripada kedua-dua pihak.

“Pihak kita pun berpendirian sekiranya berlaku ketegangan, tindakan kita adalah untuk meredakan situasi untuk mengurangkan ketegangan itu. Ini sentiasa jelas kepada kami.

“Maka di pihak mereka pun tidak agresif, di pihak kita pun tidak agresif, Insha-Allah keadaan akan menjadi baik,” katanya.

Pada 4 September lalu, tiga buah kapal pengawal pantai China dikesan berada di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia di Laut China Selatan.

Menurut pemerhati maritim antarabangsa, Ray Powell menerusi ciapannya di dalam platform X, ketiga-tiga buah kapal CCG itu yang dikesan berada di dalam perairan ZEE Malaysia di Laut China Selatan itu dikenalpasti CCG 5403, CCG 5102 dan CCG 5402. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya