Siti Nurhaliza, Judika kembali satu pentas - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza, Judika kembali satu pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika bakal berkongsi pentas dalam konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 Disember ini.

Menurut Siti, dia sangat teruja apabila pihak penganjur, Universal Gateway merealisasikan impiannya untuk bergabung tenaga dengan penyanyi yang berasal dari Indonesia itu setelah lebih dua dekad menjadi penghibur industri muzik.

“Saya rasa ini adalah idea yang sangat brilliant. Perjalanan kami sama. Saya dan Judika bermula dari bawah. Kami juga sudah pernah cuba membawakan pelbagai genre.

“Sebelum ini, Judika pernah menjadi artis jemputan konsert saya yang bertempat di Axiata Bukit Jalil untuk segmen duet. Sambutan ketika itu sangat luar biasa dan ramai yang minta kami buat konsert bersama. Jadi, inilah dia konsertnya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut mengumumkan konsert tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram sekaligus meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja untuk melihat Siti satu pentas dengan penyanyi lagu Bukan Dia Tapi Aku itu nanti.

“Tak sabar nak ‘battle’ beli tiket! Semoga ada rezeki saya,” komen peminatnya.

“Tak sabar, harap ada rezeki dapat tiket,” komen seorang lagi peminatnya.

“Dah beli tiket kapal terbang dah. Semangat!,” kata seorang lagi peminatnya.

Dalam pada itu, konsert The Journey of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berlangsung pada 14 Disember nanti di Stadium Merdeka di sini. Tiketnya akan dijual bermula esok. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya