KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kerajaan secara bersasar.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem ini, kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggil (on-call) dinaikkan.
“Kenaikkan melibatkan jumlah antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN