Sirajuddin Suhaimee dilantik KP Jakim baharu

Sirajuddin Suhaimee dilantik KP Jakim baharu

SIRAJUDDIN SUHAIMEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan Sirajuddin adalah satu usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Katanya, ia sekali gus mampu memperkukuh Jakim sebagai jabatan peneraju hal ehwal Islam di Malaysia.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah & Undang-Undang) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer), University of South Australia (UniSA).

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim; Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim dan juga sebagai Setiausaha Pertama (Halal), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kerajaan bersetuju melantik Ketua Pengarah Jakim terdahulu, Hakimah Mohd. Yusoff sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal yang melibatkan koordinasi antara Jakim, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation (HDC) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan ini adalah bagi memangkin pengurusan hal ehwal halal Malaysia yang cekap dan berkesan serta diiktiraf di seluruh dunia.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu JAKIM ke arah mengangkat kemuliaan agama Islam dan memartabatkan Jakim sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di persada global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya