Simulator jet pejuang di Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Simulator jet pejuang di Karnival Udara Antarabangsa Melaka

ABDUL RAZAK Abdul Rahman berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer di LTAM, Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyertaan pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan persembahan akrobatik pesawat ringan bakal mencuri tumpuan pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 yang akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini bermula Khamis hingga Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia merupakan kelainan yang ditampilkan buat kali pertama sepanjang sembilan tahun penganjuran.

Beliau berkata, turut menyerikan karnival adalah pertunjukan payung terjun oleh 70 penerjun daripada pelbagai agensi keselamatan negara serta menyasarkan kehadiran 80,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

“KUAM kali ini akan lebih meriah dengan pertunjukan udara daripada agensi keselamatan negara dan pertunjukan payung terjun yang dijangka mencuri perhatian, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

“Seperti biasa pelbagai pameran pesawat, pameran kerjaya dan aktiviti interaktif serta pameran aset ketenteraan seperti kereta kebal, pengesan bom, motosikal perang dan senjata api tentera. Jualan tiket pula RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak,” katanya dalam sidang akhbar di LTAM, semalam.

Tambah Abdul Razak, orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan jet menerusi simulator jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disediakan sepanjang empat hari karnival berlangsung.

Jelasnya, jenis pesawat yang dipamerkan juga dipelbagaikan yang mana Kementerian Pertahanan bersetuju menempatkan pesawat pejuang, di samping helikopter dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya