Simpan duit beli motosikal besar

Simpan duit untuk beli motor besar selepas dapat lesen B

Lesen B
SEBAHAGIAN pengunjung Ibu pejabat JPJ Selangor menunggu giliran untuk membuat permohonan lesen B, di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki berhasrat membeli motosikal berkuasa tinggi berharga lebih RM50,000 apabila permohonannya untuk mendapatkan lesen B penuh diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Abdul Aziz Abdul Malik, 40, berasal dari Taman Teluk Pulai, Klang itu berkata, dia membuat permohonan lesen tersebut sebagai persediaan untuk membeli motosikal tersebut apabila wang simpanannya mencukupi nanti.

“Bila wang sudah cukup, saya hendak beli terus motosikal idaman saya. Jadi, bila dapat lesen B, saya boleh menunggang dengan selamat dan mematuhi semua peraturan jalan raya,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, semalam.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sana mendapati, kaunter pejabat pihak berkuasa itu terus diserbu pada hari keempat selepas kelonggaran diberikan kerajaan kepada pemegang lesen kelas B2 untuk menaiktaraf kelas lesen mereka kepada B penuh mulai 1 Oktober lalu.

Malah, kunjungan mereka dilihat semakin ramai apabila kerajaan menyemak dan melonggarkan syarat bagi permohonan kenaikan ke lesen B secara automatik dikuatkuasakan sejak kelmarin.

Seorang petugas keselamatan di pejabat berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, jumlah pelanggan yang hadir ke JPJ Selangor terus meningkat selepas pemakluman Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B pada Selasa lalu.

“Mulai Rabu, jumlah yang datang untuk tanya mengenai program tersebut semakin ramai, yang mana ramai di antara mereka tidak tahu syarat untuk mohon lesen berkenaan.

“Kebanyakan mereka ingat boleh mohon terus lesen B dengan JPJ. Jadi, mereka ingat datang ke pejabat ini dapat lesen B terus,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pemohon, S. Navindran, 30, berkata, dia menjangkakan permohonan naik taraf tersebut boleh terus dibuat di kaunter JPJ bagaimanapun, pemohon perlu menduduki ujian di institut latihan memandi (ILM) terpilih terlebih dahulu.

“Saya tidak mahu lepaskan peluang kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan ketika ini. Kalau ada lesen B, saya boleh tunggang motosikal kuasa besar milik bapa saya di rumah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya